31 Jan 2012

ILHAM


Malam
kembali menjamah sepi
Angin berhembus menyapa hati
Membisik kata ke dalam naluri
Memujuk diri berbicara sendiri
Mengukir seribu kata puisi
Agar teraih bait-bait yang suci

Dingin
Seakan merestui kebutuhanku
Dambaan pada kata yang masih kaku
Hadirnya indah memaut satu persatu
Bagaikan telah tercipta untukmu dan untukku

Bulan
Indah nun di sana
Jelmaanmu tepat pada masanya
Begitu ikhlas dalam memberi cahaya
Juga menjadi sumber pada yang dahaga
Akan rindu padamu yang membawa ceria

Bintang
Setianya dikau menemani
Akan bulan yang sentiasa menerangi
Betapa hebat nilai antara kasihmu
Seperti aku dan juga ilham ini
Yang merapati kala aku sendiri
Antara saat aku suka atau sangsi
 membangkitkan segala emosi dan
Juga memberiku satu inspirasi
Agar aku menghargai setiap yang diberi
Akan anugerah dariNya yang tiada ganti
Ilham yang sentiasa tersemai di sanubari...



26 Jan 2012

Drama Dunia


Perjalanan hidup ini bagaikan satu permainan
Aku berlumba memburu akan satu  kemenangan
Tanpa sedar kala terbit akan satu keterpaksaan
Meraih hiasan batinku dengan seribu penipuan
Membuat aku songsang dalam penilaian

Jiwa aku hanyut dalam anganan
Mewujudkan rasa damai tanpa kepuasan
Aku cipta drama untuk dijadikan tatapan
Untuk aku raihkan segala kata pujian
Agar aku bebas dari segala sangkaan

Sesungguhnya aku alpa akan satu ketentuan
Kesempurnaan itu bukan milik seorang insan
Yang sering dijamu dengan ketaksuban
Menganggap dunia tiada berkesudahan
Sehingga terlupa pada hari pembalasan

Aku adalah hambamu yang berdosa
Leka membawa watak dalam drama dunia
Tidak tertunai segala kewajipan yang nyata
Sungguh jauh untuk aku meraih cinta
Yang sememangnya utuh darimu Yang Esa

23 Jan 2012

Hanya Pada Dia

Pada siapa...
Hendak ku luahkan kekesalan
Andai aku sumbang dalam langkahan
Agar bisa ku kembali ke pangkal jalan
Tanpa perlu sebarang penghinaan
Dari bicara hukuman manusia
Yang hanya mampu menduga
Dan memberi cemuhan kata
Jauh tuk menjadi penawar duka
Atau ingin merawat luka

Biar sekelumit dosa itu
Pasti akan ada sindiran melawat
Bukan sukar menjadi pendengar setia
Namun payah tuk menerima segala kata
Kerana aku juga manusia biasa
Yang tetap tewas dan mampu tergoda

Akhirnya
Hanya pada Dia aku luahkan
Yang Maha memahami, jua
Menerima siapa aku seadanya

Sesungguhnya...
Hanya Pada Dia.