Kisah bahagia bukanlah selamanya. Terkadang
duka mencerlah tanpa di duga. Iman dan sabar mula terhakis perlahan-lahan.
Tidak mampu mengusung derita.
Lumrahnya kita sering alpa akan nikmat kesenangan dahulu yang sudah terlalu lama
diteguk.
Bukankah panas tidak berpanjangan…
akan ada mendung dan kadang kala bergerimis.
Terima dengan sabar dan syukur kerana
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kesulitan itu ada kemudahan.
Memetik kata-kata dr Dr.Tuah ;
“Syabas kepada anda yang sudah bangkit daripada Rebah, Awaslah kepada anda yang
belum pernah Rebah dan Sabarlah kepada anda yang baru sahaja Rebah”.
Sedayanya cuba untuk membimbit
kata-kata ini agar sentiasa dalam keadaan yang berwaspada.
Sabar, Syukur dan Senyum...;)