3 Feb 2014

Double S – Sabar dan Syukur ;)

Kisah bahagia bukanlah selamanya. Terkadang duka mencerlah tanpa di duga. Iman dan sabar mula terhakis perlahan-lahan.

Tidak mampu mengusung derita. Lumrahnya kita sering alpa akan nikmat kesenangan dahulu yang sudah terlalu lama diteguk.

Bukankah panas tidak berpanjangan… akan ada mendung dan kadang kala bergerimis.
Terima dengan sabar dan syukur kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kesulitan itu ada kemudahan.

Memetik kata-kata dr Dr.Tuah ; “Syabas kepada anda yang sudah bangkit daripada Rebah, Awaslah kepada anda yang belum pernah Rebah dan Sabarlah kepada anda yang baru sahaja Rebah”.

Sedayanya cuba untuk membimbit kata-kata ini agar sentiasa dalam keadaan yang berwaspada.

Sabar, Syukur dan Senyum...;)



Tiada ulasan :