17 Jan 2014

Kata-kata itu motivasi


Sekarang terasa yang diri ini banyak membuang masa (belum ade kerja tetap). Baru teringat blog yang my adik pernah bikin dolu-dolu. Konon time tu masuk sem 3 dah amik major penulisan so nak menulis la ape yang patut. Kononnye...

Mula-mula my adik bikin blog nie haku excited giler kot nak update segala. Tapi dek kerana time belaja pesbuk yang pemes so blog hanya tinggal blog jela. Lagipun blog nie nak kena ada banyak masa cket. Punye bagus alasan..grrrrr !!

And now tetiba kite rasa rajin semacam nak godek-godek blog nie. Mungkin dalam waktu yang tak berapa nak sibuk nie boleh kite kongsikan pengalaman, aktiviti, tips dan mungkin juga luahan perasaan..huhu. 

************

Harus diakui yang dunia hari ini jauh bezanya dengan dahulu. Semuanya memerlukan usaha dan ilmu. Tanpa usaha dan ilmu mungkin kita akan tetap berada di takuk yang lama dan tidak mustahil akan ketinggalan jauh di belakang. Jadi seharusnya setiap apa yang menjadi impian atau apa jua yang kita minati haruslah kita cuba untuk perjuangkan bersungguh-sungguh. If tak menjadi pun tak ape atleast mencoba dak?

Untuk berjaya itu semestinya memerlukan pengorbanan bukan? Dan gagal sekali tidak mungkin untuk selamanya kerana kegagalan juga akan membawa kepada kejayaan. 

Selain kecergasan fizikal yang melibatkan kesihatan tubuh badan. Mental juga perlu diberi perhatian. Salah satu perkara yang perlu ada dalam membina kekuatan mental adalah sentiasa berfikiran positif. Dan positif itu boleh disemai melalui kata-kata. 

Jadi tidak hairan andai kata-kata adalah lebih tajam dari mata pedang. Namun haruslah yang baik kerana kata-kata yang baik akan bisa menghidupkan jiwa yang lumpuh. Hebat bukan? 

Oleh itu, ayuh kita pekikan kata-kata semangat dalam jiwa kita setiap hari sebagai motivasi pembakar semangat dalam setiap apa yang ingin kita lakukan ;)

“Jika kita katakan bahawa kita akan mulakan sesuatu esok, setahun akan berlalu meninggalkan kita, Jika kita katakan lusa 10 tahun akan berlalu. Jadi katakan yang kita akan mulakan dengan hari ini!” – kata-kata daripada salah sorang guest rancangan star king-korean show, talk and battle. Layan korea gak sekali sekala...:p

“Contohilah mereka walau tidak setara kerana dengan mencontohi yang mulia kamu bakal beroleh kemenangan.”

“Dare to be different”

 
                     Sekadar Gambar Hiasan

p/s:  Itu sahaja yang mampu dikongsikan untuk setakat ini. Otey bubai ;)





Tiada ulasan :